Rabu, 7 Oktober 2009

Berguru dengan adik kembar

Harian Metro 28.9.2007

Berguru dengan adik kembar

Oleh Mohamad Hussin dan Maiamalina Mohamed Amin

KEPALA BATAS: “Saya tidak kisah walaupun berguru dengan adik sebab dia lebih pandai,” kata Khadijah Ismail, 15, yang memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan, semalam.

Kembar seirasnya, Siti Aishah Ismail, 15, memperoleh 9A. Mereka antara 70 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Al-Irshad di sini yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam PMR daripada 151 pelajar menduduki peperiksaan itu tahun ini.

Khadijah berkata, dia dan kembarnya tinggal di asrama dan sering mengulang kaji bersama terutama ketika bangun jam 5 pagi.

“Belajar bersama lebih mudah sebab kami boleh bertukar pendapat dan dia menjadi ‘guru’ jika saya kurang faham. Kami memang mensasarkan 9A, tetapi adik lebih cemerlang,” katanya yang mahu bergelar usahawan satu hari nanti.

Khadijah memperoleh A dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup Bersepadu, Pendidikan Islam kecuali Bahasa Arab (B).

Sumber: http://smkbbest.wordpress.com/

SMKA Al-Irshad sekolah terbaik keseluruhan di Pulau Pinang

ARKIB : 14/03/2009

Lulus 100 peratus SPM

HASNURUL MOHAMED (utusanpenang@utusan.com.my)

TASEK GELUGOR 13 Mac - Sekolah aliran agama, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Al-Irshad muncul sebagai sekolah terbaik keseluruhan di Pulau Pinang apabila semua 127 pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 lulus dengan cemerlang.

Dua pelajar perempuan dari sekolah tersebut turut muncul sebagai pelajar terbaik keseluruhan Pulau Pinang apabila Siti Hafizah Roslie dan rakannya, Ainatul Mardhiah Mohd. Don, 18, memperoleh 13 A1.

Menurut Penolong Kanan Pentadbiran sekolah, Abdul Halim Abdul Hamid, resipi kejayaan yang dicatat oleh para pelajar SMKA Al-Irshad adalah gabungan usaha di antara pelajar dan guru-guru di sekolah tersebut.

"Pelajar di sekolah ini diberikan fokus secara individu oleh guru-guru dalam memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kerana konsistensi pembelajaran penting sebagai persiapan calon menghadapi peperiksaan," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Beliau berkata, strategi sekolah yang lahir dengan program terancang untuk para pelajar turut menjadi salah satu daripada elemen membantu kejayaan pelajar mencatat keputusan terbaik dalam SPM.

Katanya, apabila calon-calon bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan, mereka diberikan latihan berbentuk soalan peperiksaan tahun-tahun lalu.

Jelasnya, latih-tubi itu amat membantu pelajar dalam melengkapkan persiapan diri apabila menghadapi peperiksaan.

Beliau menambah, pihak sekolah akan terus berusaha membantu melahirkan golongan pelajar cemerlang dalam akademik selain cuba menurunkan lagi gred purata sekolah (GPS).

"Tahun lepas GPS yang dicatatkan menurun sebanyak 2.56 peratus berbanding tahun 2007, 2.79 peratus.

"Matlamat pihak sekolah adalah untuk terus menurunkan peratusan GPS di samping meningkatkan kejayaan peratus pelajar yang mendapat A1 dan A2," katanya.

Sementara itu, dua sahabat yang tidak pernah berpisah kelas dari sekolah rendah sehingga menengah berkongsi kejayaan yang sama apabila mendapat keputusan cemerlang 11 1A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kolej Sultan Abdul Hamid di sini semalam.

Berikutan keputusan cemerlang itu, Megat Mohammad Fakhri Kamaruzaman dan Mohamed Nazrin Abdul Mutaliff bertekad untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran.

Kedua-dua sahabat itu bagaimanapun mempunyai kaedah mengulang kaji pelajaran yang berbeza tetapi banyak membantu mereka mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

Bagi Mohamed Nazrin, selain menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas, dia menggunakan teknik peta minda untuk membantunya mengingati fakta penting dalam sesuatu mata pelajaran.

''Saya lebih selesa menggunakan peta minda ketika mengulang kaji pelajaran.

''Oleh kerana menyimpan impian untuk jadi doktor, saya belajar bersungguh-sungguh untuk memenuhi impian itu," katanya.

Rakannya, Megat Mohammad pula mengunakan kaedah belajar mengikut jadual ketika berada di rumah selain selalu memotivasikan diri untuk berjaya.

'''Saya akan belajar mengikut jadual. Tetapi apabila tiba waktu bersenam dan menonton televisyen saya juga beriadah seperti biasa,'' ujarnya.

Dalam pada itu cabaran belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina tidak menghalang Nur Qaisha Nabila Aswandi, 18, untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Nur Qaisha yang belajar di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa di sini muncul sebagai pelajar tunggal Melayu yang memperoleh 9 1A dalam peperiksaan SPM di sekolah tersebut.

Anak sulung daripada dua beradik itu berkata, meskipun aktif dalam sukan sehingga memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Jaring sekolahnya, namun dia tetap mengutamakan pelajaran.

Menurutnya yang merupakan anak seorang peguam, dia melakukan usaha tambahan iaitu belajar dan membaca secara sendirian serta sering bertukar pandangan dengan pelajar Cina di sekolahnya.

"Walaupun belajar dengan pelajar dari bangsa Cina namun mereka tidak pernah meminggirkan saya sebaliknya saling bertukar pendapat," katanya.

Nur Qaisha berkata, kejayaan yang diperolehi itu merupakan hadiah yang setimpal kepada ibunya, Nor Hashimah Mohd. Dali, 35, yang sanggup meletakkan jawatan sebagai Pengurus Kewangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak tiga tahun lalu untuk memastikan dia berjaya.

"Selepas ini saya memilih untuk mengambil jurusan perubatan bagi memenuhi impian saya dan keluarga yang tidak pernah jemu memberi semangat dan mendorong saya ke arah kejayaan," katanya.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0314&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_01.htm

Selasa, 6 Oktober 2009

SMKA Al-Irshad dianugerahkan sekolah kluster

SEKOLAH KLUSTER:


LATARBELAKANG - Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara untuk peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan yang dilaksanakan di luar negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan.


DEFINISI
Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.


TUJUAN
Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia.


PELAKSANAAN
Terdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah kluster. Jawatankuasa tersebut ialah;

  • Jawatankuasa Pemilihan Sekolah - dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
  • Panel Penasihat - dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad
  • Jawatankuasa Pelaksana – dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Jabatan Sekolah)

Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan stakeholder seperti PIBG, Alumi, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel Autonomi Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada 19-20 Mac 2007. Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu menyumbangkan kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster dapat berjalan dengan jayanya.


KRITERIA PEMILIHAN SEKOLAH KLUSTER

Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut:

  • Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli.
  • Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas.
  • Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).
  • Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta
  • Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) (PIPP, 2006, ms. 119 dan 121)

Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:

  • Prasyarat Pertama
    • Pengukuran Standard Sekolah:
  • Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
  • Prasyarat Kedua
  • Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Menengah)
  • Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut:
      • SBP : GPS 2.5 dan ke bawah
      • SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah
      • SMT : GPS 4.0 dan ke bawah
      • SM Harian : GPS 4.0 dan ke bawah
    • Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah):
    • Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR, atau
    • Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau
    • GPS UPSR : 2 dan ke bawah

c. Syarat Pemilihan

  • Kecemerlangan murid dalam aspek:
    • Akademik
    • Kokurikulum
    • Sahsiah
  • Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.
  • Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.
  • Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.
  • Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
  • Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.
  • Keberkesanan pelaksanaan program KPM
  • Sekolah berwatak

Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan permohonan dan prosedur pemilihan adalah seperti berikut:

  • Langkah 1: Penerimaan pencalonan
  • Langkah 2: Penilaian menggunakan instrumen SKPM dan Annex.
  • Langkah 3: Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah Kluster
  • Langkah 4: Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional
  • Langkah 5: Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat
  • Langkah 6: Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran

PENGURUSAN SEKOLAH KLUSTER

Pemimpin sekolah kluster ialah:

  • Pengetua/Guru Besar (DG52/DGA 36)
  • Pemimpin yang terpilih memenuhi syarat pemimpin cemerlang
  • Jawatan: school-based post

Guru-guru sekolah kluster pula:

  • Memenuhi kriteria Guru Cemerlang
  • Prestasi mereka akan menentukan sama ada mereka kekal mengajar di Sekolah Kluster.
  • Boleh mendapatkan perkhidmatan pakar mengikut niche areas sekolah dalam bidang kokurikulum secara kontrak atau sambilan
  • Nisbah kelas: guru ialah 1:2

Kaedah pemilihan pelajar sekolah kluster:

  • Kluster SBP, SMT dan SMKA kekal seperti amalan sedia ada
  • Kluster lain, pengetua/guru besar diberi kuasa mengambil sejumlah kecil murid baru untuk bidang kebitaraan sekolah
  • Ujian saringan sekolah

Akauntabiliti Pemimpin Sekolah:

  • Berpandukan:
    • Key Performance Indicator (KPI)
      • pengurusan sumber manusia dan fizikal
      • sumber kewangan
      • pembangunan profesionalisme staf
      • program kurikulum dan kokurikulum berkesan
      • lulusan sekolah berkualiti: pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah.
    • TOR Sekolah Kluster

Autonomi Sekolah:
Jenis Autonomi yang diberikan kepada sekolah berbentuk:

    • Umum (untuk semua sekolah)
    • Khusus (mengikut keperluan sekolah berlandaskan kepada jenis sekolah, pengajiannya dan niche areas).

Autonomi yang diberikan juga merupakan autonomi terpimpin yang memerlukan kepada:

  • Pematuhan piawai yang berikut:
    • Akta Pendidikan 1996
    • Sistem Pendidikan Kebangsaan
    • Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan dan Garis Panduan dan Surat-surat Siaran
    • SKPM

Senarai Bidang Autonomi:

    • Pengurusan Sekolah
    • Pengurusan Sumber Manusia
    • Pengurusan Sumber Kewangan dan Sumber Fizikal
    • Pengurusan dan Pelaksanaan Kurikulum
    • Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum

Jaminan kualiti:

Bagi memastikan sekolah kluster sentiasa mempertingkatkan standard kualiti, jaminan kualiti di sekolah kluster akan menggunakan mekanisme kawalan luaran dan kawalan dalaman.

Peranan Agensi Lain

Sekolah Kluster akan memperluas peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG, Lembaga Pengelola, Alumni dan NGO dalam aspek:

    • Biasiswa
    • Kewangan/Dana
    • Program Kecemerlangan Akademik
    • Program Kecemerlangan Kokurikulum
    • Program Kerjaya

IMPAK SEKOLAH KLUSTER

Sekolah kluster akan memberi impak yang positif kepada pendidikan negara dari segi:

Program Kecemerlangan Kokurikulum

  • Program Kerjaya
  • Pelajar sekolah cemerlang secara keseluruhan (holistic) dalam sistem: 5.8% daripada 5.2 juta pelajar
  • Lepasan sekolah kluster diterima masuk universiti ternama luar negara
  • Badan korporat dan agensi kerajaan berkeyakinan menaja pengajian lepasan sekolah kluster
  • Menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan
  • Sebanyak 300 buah sekolah diiktiraf antarabangsa (3.1% daripada 9663 sekolah)
  • Model piawaian kepada sekolah dalam dan luar negara
  • Pemimpin berkualiti (3.1% daripada 9663 sekolah) dan guru yang cemerlang
    (6.9% daripada 350,000 guru)
  • Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia

Sumber: http://www.moe.gov.my/webdwibahasa/kluster/

Two students from SMKA Al-Irshad obtained the highest number of 13 1As.

Friday March 13, 2009

Penang students the best in English

PENANG students have proven that their English is far better than that of their counterparts in other states.

This is shown in the SPM results with students in the state scoring 79.9% passes in English compared with the national rate of 73.8%.

State Education director Ibrahim Mohamad said out of the 19,428 candidates in the state who sat for the English paper, 15,537 students passed the examination.

He, however, said there was a slight drop of 0.76% in the overall SPM results in the state compared with last year’s 88.99% passes.

“This could be due to students placing less emphasis on the Bahasa Melayu paper which recorded 88.23% passes,” he said at a press conference yesterday.

A total of 19,613 students sat for the SPM exam in Penang last year.

Out of this, 566 students scored 1A and 2As and 159 students scored straight 1As.

He said two students from SMKA Al-Irshad and another student from SMK (P) St George obtained the highest number of 13 1As.

There were 15 students who scored 12 1As, 57 with 11 1As, 81 with 10 1As and three who scored 9 1As.

Ibrahim also said 19 schools achieved 100% passes.

The schools were SMKA Al Irshad, SMS Tun Syed Sheh Shahabudin, SMJK Jit Sin, Penang Chinese Girls’ High School (PCGHS), SMK (P) St George, SMJK Chung Ling Butterworth, SMK Dato Onn, SMK Penang Free School, SMKA Nibong Tebal, SMK Tinggi Bukit Mertajam, SMKA Al Mashoor (P), SMK Bukit Jambul, SMK Abdullah Munshi, SMKA Al Mashoor (L), SMK Seri Nibong, SM Teknik Seberang Perai, SM Teknik Balik Pulau, SM Teknik Tunku Abdul Rahman Putra and SMK Kampong Selamat.

Sumber: http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2009/3/13/north/3468780&sec=north

Ahad, 4 Oktober 2009

Pengenalan kepada SMKA Al-Irshad

Basmalah

PENGENALAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang. Ia merupakan antara sekolah menengah agama yang terbaik di Pulau Pinang dari segi akedemik dan ko-kurikulum.

Sekolah ini menitikberatkan aspek agama sebagai pendidikan. Terdapat beberapa pelajaran baru yang akan ditempuhi setelah pelajar memasuki tingkatan satu di sekolah ini. Antaranya ialah Bahasa Arab, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan Syariah.

Walaupun ianya sekolah agama, tetapi kebanyakan orang menganggap sekolah ini tiada bidang sains atau sastera. Sebenarnya terdapat pelbagai subjek sains yang boleh dipelajari seperti Biologi, Kimia, Fizik dan sebagainya. Subjek-subjek itu diajar oleh guru yang berpengalaman dan mempunyai ijazah yang berkaitan.

SEJARAH SMKA AL-IRSHAD

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad berasal dari Sekolah Agama Rakyat yang ditubuhkan dalam tahun 1936 bertempat di Padang Menora, Tasik Gelugor, Seberang Perai di bawah kelolaan kadi Tuan Haji Majid bin Haji Ahmad dan adiknya Tuan Haji Shafie bin Haji Ahmad serta dibantu oleh beberapa orang guru termasuklah bekas kadi besar Pulau Pinang, Allahyarham Tuan Haji Ahmad Maliki dan Tuan Haji Yusuf Helmi bin Haji Shafie PJK PKT.

Pada tahun 1958 Persatuan Guru-Guru Agama Seberang Perai (PGAS) yang diketuai oleh Ustaz Salleh Shafie mengambilalih pentadbiran sekolah ini. Dari saat itulah sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah PGAS yang terkenal bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi hingga ke Kedah dan Perak. Nama Sekolah PGAS telah ditukarkan lagi kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad apabila Kementerian Pendidikan Malaysia mengambilalih pentadbiran sekolah ini pada tahun 1977 bersama-sama 14 buah sekolah agama lain di semenanjung Malaysia.

Pada mulanya pentadbiran sekolah ini dipangku oleh Cikgu Mohd Noor bin Hussien sebelum datangnya guru besarnya yang pertama Ustaz Mohd Yusuf bin Haji Latif yang bertugas dari tahun 1977–1983. Beliau diganti oleh Ustaz Haji Murad bin Haji Abdul Samad dari tahun 1983–1985. Selepas itu diikuti pula dengan Ustaz Haji Abdul Salam bin Haji Mohd Zain (1986) dan Ustaz Haji Rakhibi. Sekarang ini Puan Hajjah Halimah bt Abu Bakar pula ditugaskan mentadbir sekolah ini hingga sekarang.

Sekolah ini bermula di bangunan lamanya di Padang Menora dengan pengambilan penuntut sulungnya sebanyak 115 orang ke tingkatan 1 pada tahun 1977. Apabila bangunan baru di Pokok Sena siap pada Mac 1984, semua penuntut berpindah ke bangunan baru. Oleh sebab asrama tidak mencukupi maka bangunan lamanya dijadikan asrama cawangan untuk puteri sahaja. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad telah dirasmikan pembukaannya oleh YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada tanggal 3 Ogos 1985 bersamaan 17 Zulkaedah 1405.