Rabu, 7 Oktober 2009

Berguru dengan adik kembar

Harian Metro 28.9.2007

Berguru dengan adik kembar

Oleh Mohamad Hussin dan Maiamalina Mohamed Amin

KEPALA BATAS: “Saya tidak kisah walaupun berguru dengan adik sebab dia lebih pandai,” kata Khadijah Ismail, 15, yang memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan, semalam.

Kembar seirasnya, Siti Aishah Ismail, 15, memperoleh 9A. Mereka antara 70 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Al-Irshad di sini yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam PMR daripada 151 pelajar menduduki peperiksaan itu tahun ini.

Khadijah berkata, dia dan kembarnya tinggal di asrama dan sering mengulang kaji bersama terutama ketika bangun jam 5 pagi.

“Belajar bersama lebih mudah sebab kami boleh bertukar pendapat dan dia menjadi ‘guru’ jika saya kurang faham. Kami memang mensasarkan 9A, tetapi adik lebih cemerlang,” katanya yang mahu bergelar usahawan satu hari nanti.

Khadijah memperoleh A dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup Bersepadu, Pendidikan Islam kecuali Bahasa Arab (B).

Sumber: http://smkbbest.wordpress.com/

2 ulasan:

Nort berkata...

salam...moga blog ni jadi 1 stop buat kita smua....

Alinlai berkata...

tahniah kepada kembar cemerlang :)